Jumat, 19 Maret 2010

Nikmat,alhamdulillah......:)

Bismillah..
alhamdulillah...

terdengar sayup suara selawat di masjid berdekatan..
Alhamdulillah..Kau berikan nikmat ketenangan dalam hatiku..
nikmat kasih sayang..
Ya Rabb,ku mohon..janganlah Kau hilangkan kasih sayang antara kami keranaMu itu...
Ya Khaleeq,satukanlah hati semua mukminin dan mukminat di dunia ini..

"Dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah dapat mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.".

(Terjemahan surat Al-Anfaat: Ayat 63)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Selasa, 16 Maret 2010

dunia

Bismillah..

Ya Rabb..
bila diriku ini menghadapMu..
kurasakan tiada apa yang lebih bermakna di dunia ini melainkan nikmat ketenangan bertemu denganMu..
bila kembali menjalani kehidupan di dunia ini,mencari karuniaMu..
berbagai godaan dunia mendatang..
godaan nafsu..syaitan...
ku tahu itu semua ujian buatku...
namun terkadang ku tidak kuat melawan godaan dunia ini yaAllah..
ampunkan dosa hambaMu yang lemah ini...
kuatkan hatiku ya Rabb..
jadikanlah aku termasuk golongan yang dekat denganMu ya Allah...
biarlah aku rendah di pandangan manusia namun tinggi di pandanganMu ya Khaleeq..

"Apakah manusia itu mengira bahawa
mereka dibiarkan saja
mengatakan; "Kami telah beriman,"
sedangkan mereka tidak diuji? Dan
sesungguhnya kami telah menguji org2
yg sebelum mereka, maka sesungguhnya
Allah mengetahui org2 yg benar dan
sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg
dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Senin, 15 Maret 2010

imanku...

bismillah..

hati ini tertekan..
tertekan kerana iman yang terasa sangat rapuh sekarang..
ku tahu mujahadah diperlukan saat ini untuk melawan godaan yang mendatang..
ampunkan diri ini atas kekhilafannya Ya Rabb..
kuatkan semula diri ini Ya Khaleeq....
jangan Kau biarkan diri ini terus dalam kelalaian dan kerugian..

Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.(al-Asr:1-3)

Selasa, 02 Maret 2010

ukhuwah fillah?

Assalamualaikum..
insyaAllah ingin berkongsi pertanyaan dari seorang sahabt yang saya yakini ramai yang menghadapi persoalan/kekeliruan seperti ini..

"salam..saya selalu ingin berkawan dengan perempuan mengikut hukum hakam yang telah ditetepkan oleh islam…tapi dalam masa yang sama kawan bertukar menjadi satu percintaan..apa yang harus saya lakukan jika percintaan itu menyekat saya dari berkawan dengan mana-mana perempuan lain??..berkawan biar beribu bercinta biar satu tapi saya bercinta biar satu,berkawan biar satu juga..harap dapat membantu.."


Islam memang sangat menganjurkan berukhuwah sesama Muslim dan kasih sayang yang dimaksudkan adalah kasih sayang sesama saudara yakni sesama jantina,boleh berkawan tetapi berkawan tidak bermakna harus selalu contact dan harus selalu berkomunikasi,jika benar2 ingin melaksanakan ukhuwah kerana Allah boleh dijalinkan dengam mendoakan sahabat kerana ia merupakn tautan yang benar2 kerana Allah dan mengikut Islam,bercakap dengan bukan muhrim hanya dianjurkan bila perlu dan batas2 masih perlu dijaga seperti menundukkan pandangan dan menjaga jarak.Lagipun,ia bertukar menjadi percintaan kerana syaitan lebih mudah mencelah dalam perkara2 yang haram.Ingatlah firmanNya,dan janganlah kamu mendekati zina.Allah bukan setakat mengharamkan kita berzina,tetapi menghampiri zina juga adalah salah disisiNya.Bersahabat rapat dengan bukan muhrim adalah satu perbuatan mendekati zina.Pergaulan/ukhuwah antara lelaki dan permpuan adalah berbeza dan tidak boleh disamakan.


wallahu'lam,semoga bermanfaat dan dapt merungkai persoalan/kekeliruan selama ini.