Rabu, 24 Februari 2010

perjuangan

perjuangan.....
ya,ia bukan mudah..
hari ini aku berjuang...ditolak..
ditertawa...diperlekeh...

Aku kuatkan hati dgn janji2Nya..
aku teruskan..
dan hari ini....
hati ini menangis lagi....
kutahu yang Haq pasti akan mengalahkan yang batil..
kutahu...

bisikan2 semangat aku cuba selitkan dalam hati ini..
namun,hati masih menangis...
tidak terpujuk....

namun,alhamdulillah.....
tiba2,dia mengingatkan aku dengan ayatNya....


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


hati bersinar2 semula..
semangat menyala semula..
mata bercahaya dengan keazaman...

Ya!!
hanya ayatNya yang mampu mengubat hati...
hanya Dia...
Dialah segala-galaNya...

Dan Dia lah yang menghidupkan kamu, kemudian Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu semula. Sesungguhnya manusia sangatlah tidak bersyukur. (al hajj:66)

Dia yang berkuasa atas aku,atas kamu,atas kita,atas mereka,atas segala2nya...

Hati terubat..senyuman terukir kembali...

"Dakwah adalah pilihan bukan pelarian
Dakwah adalah perjuangan bukan profesi
Dakwah adalah menyeru bukan kompromi atau toleransi buta
Dakwah adalah berpihak pada yang hak bukan yang batil
Dakwah adalh memberi peringatan dan kabar gembira bukan hiburan yang bikin orang ketawa
Dakwah adalah berterusan bukan sesaat
Dakwah adalah mengingatkan penguasa yang zalim bukan bungkam atau tunduk pada kepentingan
Dakwah adalah membentuk karakter pada kader bukan mengumpulkan massa untuk kepentingan suara
Dakwah adalah ikhlas,sabar dan istiqamah bukan tergesa-gesa dan cepat putus asa"

Video ini didedikasikan kepada semua pejuang2 di luar sana...

video

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Ujian




Dalam dakwah..
berbagai ujian dan cabaran mendatang...
cabaran fizikal,mental,...
juga diuji dari sudut ukhuwah.......

Ya Allah,sedihnya tidak dapat kugambarkan..
Hanya Engkau pengubat hati.......
Sabrkanlah hatiku ini...
tsabatkanlah aku dijalan ini....
satukanlah semula hati-hati kami hanya keranaMu..

Wahai orang yang berselimut!
Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia)
Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!
Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.
Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.
Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya.
Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)! (al-Mudassir:1-8)


Ya Rabb,Ya Khaleeq..
Ku tahu Kau sedang mengujiku..
Ku tahu Kau sedang memandangku...
Ku tahu Kau sedang berbicara denganku...
peganglah hatiku agar sentiasa berada di atas jalanMu...

Ya Allah

Ya Allah..
setiap hari namaMu melewati telingaku...
stiap hari ayat2 dari kalamMu dibacakan kepadaku...

tapi ya Allah,jangan Engkau jadikan namaMu dan ayatMu lali di telingaku..
jadikanlah hatiku bergetar setiap kali mendengar namaMu...
jadikanlah cahaya dalam hatiku...cahayaMu..........

Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. (QS. Al-Anfal:2).



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Perasaan

sedih teramat bertukar gembira..

semuanya berlaku dalam satu hari yang sama..
dalam sekelip mata...
Ya Allah,sesungguhnya Engkau yang berkuasa terhadap hati2 ini..
Engkau yang memegang jiwa hamba2Mu..
Hidupkan hati kami dengan keimanan dan ketaqwaan kepadaMu ya Rabb...







Those amazing pictures He created for us in this world..for us to think...



Tidakkah engkau melihat bahawa Allah telah menurunkan hujan dari langit, lalu menjadilah bumi ini hijau subur (dengan sebabnya)? Sesungguhnya Allah Maha Halus serta lemah-lembut (urusan tadbirNya), lagi Maha Mendalam pengetahuanNya (akan hal-ehwal sekalian makhlukNya).
Segala yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaanNya. Dan sesungguhnya Allah, Dia lah jua Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. (22:62-64)



Tidakkah engkau melihat bahawa Allah telah memudahkan apa yang ada di bumi untuk kegunaan kamu, dan (demikian juga) kapal-kapal yang belayar di laut dengan perintahNya? Dan Ia pula menahan langit daripada runtuh menimpa bumi, kecuali dengan izinNya; sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihanNya dan rahmatNya kepada umat manusia.
Dan Dia lah yang menghidupkan kamu, kemudian Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu semula. Sesungguhnya manusia sangatlah tidak bersyukur.(22:65-66)

Muqaddimah.

Assalamualaikum.
Bismillah...

"genggam tanganku,..jangan pernah lepaskan wahai saudaraku..... disebelah mana tanganmu wahai saudaraku,..??!!aku tak dapat melihatmu...tapi aku ingin mersakan genggaman itu,..genggaman erat nan hangat tanganmu..." dedicated to palestine....

Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan).
Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: "Tuhan kami ialah Allah". Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya (ugama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa(al-Hajj:39-40)




Sesungguhnya Allah itu pelindung bagi orang2 yang beriman.

Tidak ada apa yang digusarkani oleh seorang Muslim dalam kehidupanNya kerana Tuhannya adalah Maha Kuasa,Maha Perkasa.

Bila kesedihan,Tuhannya Maha Pengasih Maha Penyayang.
Bila ketakutan,Tuhannya Maha Perkasa,Maha Kuasa.


Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: "Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya". Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: "Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)".-(ali-Imran:173)


Islam begin as something strange,and it will return as something strange.

Ya Allah,izinkan aku menjadi pejuang agamamu yang ikhlas,kerana diri ini adalah milikMu,izinkan aku menghabiskan seluruh hidupku hanya untukMu ya Rabb.