Selasa, 02 Maret 2010

ukhuwah fillah?

Assalamualaikum..
insyaAllah ingin berkongsi pertanyaan dari seorang sahabt yang saya yakini ramai yang menghadapi persoalan/kekeliruan seperti ini..

"salam..saya selalu ingin berkawan dengan perempuan mengikut hukum hakam yang telah ditetepkan oleh islam…tapi dalam masa yang sama kawan bertukar menjadi satu percintaan..apa yang harus saya lakukan jika percintaan itu menyekat saya dari berkawan dengan mana-mana perempuan lain??..berkawan biar beribu bercinta biar satu tapi saya bercinta biar satu,berkawan biar satu juga..harap dapat membantu.."


Islam memang sangat menganjurkan berukhuwah sesama Muslim dan kasih sayang yang dimaksudkan adalah kasih sayang sesama saudara yakni sesama jantina,boleh berkawan tetapi berkawan tidak bermakna harus selalu contact dan harus selalu berkomunikasi,jika benar2 ingin melaksanakan ukhuwah kerana Allah boleh dijalinkan dengam mendoakan sahabat kerana ia merupakn tautan yang benar2 kerana Allah dan mengikut Islam,bercakap dengan bukan muhrim hanya dianjurkan bila perlu dan batas2 masih perlu dijaga seperti menundukkan pandangan dan menjaga jarak.Lagipun,ia bertukar menjadi percintaan kerana syaitan lebih mudah mencelah dalam perkara2 yang haram.Ingatlah firmanNya,dan janganlah kamu mendekati zina.Allah bukan setakat mengharamkan kita berzina,tetapi menghampiri zina juga adalah salah disisiNya.Bersahabat rapat dengan bukan muhrim adalah satu perbuatan mendekati zina.Pergaulan/ukhuwah antara lelaki dan permpuan adalah berbeza dan tidak boleh disamakan.


wallahu'lam,semoga bermanfaat dan dapt merungkai persoalan/kekeliruan selama ini.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar