Rabu, 24 Februari 2010

Perasaan

sedih teramat bertukar gembira..

semuanya berlaku dalam satu hari yang sama..
dalam sekelip mata...
Ya Allah,sesungguhnya Engkau yang berkuasa terhadap hati2 ini..
Engkau yang memegang jiwa hamba2Mu..
Hidupkan hati kami dengan keimanan dan ketaqwaan kepadaMu ya Rabb...







Those amazing pictures He created for us in this world..for us to think...



Tidakkah engkau melihat bahawa Allah telah menurunkan hujan dari langit, lalu menjadilah bumi ini hijau subur (dengan sebabnya)? Sesungguhnya Allah Maha Halus serta lemah-lembut (urusan tadbirNya), lagi Maha Mendalam pengetahuanNya (akan hal-ehwal sekalian makhlukNya).
Segala yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaanNya. Dan sesungguhnya Allah, Dia lah jua Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. (22:62-64)



Tidakkah engkau melihat bahawa Allah telah memudahkan apa yang ada di bumi untuk kegunaan kamu, dan (demikian juga) kapal-kapal yang belayar di laut dengan perintahNya? Dan Ia pula menahan langit daripada runtuh menimpa bumi, kecuali dengan izinNya; sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihanNya dan rahmatNya kepada umat manusia.
Dan Dia lah yang menghidupkan kamu, kemudian Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu semula. Sesungguhnya manusia sangatlah tidak bersyukur.(22:65-66)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar